Sebarang Masalah atau Kerosakan adalah Tangungjawab Anda -Aditas

- Tutorial / Deface / Tools / Berita Hacker / tip

Tips | Mengapa Tarikh Dan Jam Komputer Tidak Betul?

Hi Visitor

Admin ingin kongsi satu Tips | Mengapa Tarikh Dan Jam Komputer Tidak Betul?



Bagaimana Komputer Menyimpan Tarikh dan Waktu
Tarikh dan waktu sistem komputer disimpan berdasarkan kepada jam yang berfungsi menggunakan kuasa letrik sekeping bateri kecil yang dipasang pada papan induk komputer anda. Bateri kecil ini dipanggil bateri CMOS. Semua jenis komputer mempunyai bateri CMOS ini - tidak kira komputer itu adalah dari jenis desktop, laptop, netbook atau tablet.

Seperti juga dengan mana - mana bateri lain, bateri CMOS akan lambat laun kehilangan kuasanya. Secara lazim, bateri CMOS boleh bertahan antara 2 hingga 3 tahun. Apabila bateri CMOS telah lupus, tarikh dan waktu sistem komputer tidak akan dikekalkan. Dalam keadaan ini, tarikh dan waktu sistem komputer akan sering dibalikkan kepada tarikh dan waktu piawai yang ditetapkan dalam komputer berkenaan. Tarikh dan waktu piawai ini sering berhampiran dengan tarikh komputer itu dikeluarkan dari kilang.

Bagaimana Mengesan "Kehilangan" Tarikh dan Waktu Sistem Komputer

"Kehilangan" tarikh dan waktu sistem komputer dapat dikesan dengan cepat dengan melihat tarikh dan waktu yang dipaparkan di System Tray Windows anda. System Tray biasanya terletak di penjuru kanan bawah skrin Windows anda (gambar di sebelah). Jika tarikh yang muncul di System Tray tidak betul adalah kemungkinan besar bateri CMOS anda mengalami masalah.



Tarikh dan waktu di System Tray Windows

Penyelesaian Masalah
Masalah tarikh dan waktu sistem komputer yang tidak betul ini hanya boleh diselesaikan dengan menggantikan bateri CMOS pada komputer.

Proses menggantikan bateri CMOS mengambil tidak lebih dari 20 minit. Ianya mungkin lebih sedikit bagi komputer "padat" seperti laptop, netbook dan tablet. Kosnya pula bergantung kepada harga bateri. Bagi komputer dekstop, harga bateri CMOS adalah kurang dari RM10. Bagi komputer lain harga akan bergantung kepada jenis bateri yang digunakan. Walau apa pun anda digalakkan membawa komputer (atau CPU jika komputer desktop) ke juruteknik yang berpengalaman untuk melakukannya.

Melaraskan Tarikh dan Waktu Komputer Secara Automatik

Anda boleh menggunakan teknik yang ditunjukkan dalam tutorial animasi Flash di bawah bagi melaraskan tarikh dan waktu sistem komputer anda menggunakan Internet. Ianya adalah lebih cepat dan mudah berbanding dengan melaraskannya secara manual. Jika komputer anda mengalami masalah kehilangan tarikh dan waktu setiap kali komputer ditutup dan dibuka, teknik dalam tutorial di bawah boleh bantu melaraskan tarikh dan waktu dengan cepat sehingga anda dapat menggantikan bateri CMOS komputer

-Zahir

1 comment

26 November 2019 at 03:53

Just love your article.I do invariably look over your web site for brand new articles.I am recently performing on associate app showbox apk 2019
thats going awing and special because of you

Post a Comment - Back to Content